Thursday, December 26, 2013

sesal



Selalu terjadi bila kita tidak menghargai sesuatu atau seseorang dalam kehidupan kita.Hanya mula menyedari atau menyesali setelah detik-detik yang seharusnya kita hargai telah berlalu. Waktu yang ada seharusnya di gunakan sebaik mungkin.Mencipta kenangan sebanyak yang mungkin. Semalam tidak sama dengan hari ini.Hari esok tidak mungkin sama dengan hari ini.Hargailah.Hargai apa yang dimiliki sementara keberadaannya.Takut-takut suatu hari nanti kita menyesal tanpa guna.

Wednesday, December 25, 2013

joy

the true joy in your life is 
when you can express your feelings freely



Saturday, December 21, 2013

"quotes"

بسم الله الرحمن الرحيم


Aku sangat suka baca quotes dari laman web..Selalunya aku akan pilih laman web secara "random" dari hasil carian google.Dari life quotes hinggalah love quotes.Lama kelamaan menjadi rutin kegemaran sebab dapat rasakan kaitannya dengan situasi diri bila membaca quotes yang dikongsikan di laman web.Bila terjumpa quotes yang aku rasakan menarik atau mempunyai mesej yang ingin aku zahirkan ,aku akan kongsikan dengan teman-teman..

Tapi...

Hari ini hati bagai disuntik dengan satu kesedaran bila aku melihat potongan-potongan ayat Quran yang dikongsikan di FB oleh teman teman lain.Aku seakan tersedar dari angan-angan dunia dan membawa aku ke satu dimensi untuk membuka minda dan menyedari bahawa "quotes" atau ayat-ayat yang paling indah adalah dari kitab NYA! ya,AL-QURAN ...
Jika engkau mahu bercakap dengan tuhanmu,maka dirikanlah solat
Jika engkau mahu tuhanmu bercakap denganmu,bacalah kalam NYA,al-Quran..
Allahuakbar...

ayat-ayat yang indah sebagai panduan hidup ummat Muhammad..kalam ALLAH...
mari kita perbaiki sedikit paradigma kita..Islam adalah cara hidup..dan peneman hidup kita umat islam adalah Al-Quran dan sunnah baginda nabi Muhammad S.A.W ..mari kita tingkatkan pemahaman kita tentang AL-quran..jangan hanya menjadi hiasan cantik di atas meja belajar atau rak buku tetapi sebaliknya kita hayati setiap bait-bait yang dinyatakan di dalam Al-Quran..moga nanti ia dapat menjadi pembela kita di padang mahsyar...moga Allah redha akan hambanYA yang berusaha walau dengan merangkak untuk memahami dan mengamalkan al-quran...moga ALLAH permudahkan bagi kita inshaALLAH :)

"Wahai orang-orang yang beriman ! Apabila dikatakan kepadamu,"Berilah kelapangan di dalam majelis-majelis,"maka lapangkanlah,niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu.Dan apabila dikatakan ,"Berdirilah kamu,"maka berdirilah,niscaya Allah akan mengangkat (derajat) orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu beberapa derajat.Dan ALLAH Maha teliti apa yang kamu kerjakan "
(Al-Mujadilah(58),ayat 11)


InshaALLAH , mulakan setiap perbuatan dengan ikhlas dan niat yang satu kerana NYA !


rindu.
ya,rindu.
rindu,rumah.

Sunday, November 24, 2013

bakti seorang anak


Percutian pendek kali ini memberikan makna yang mendalam buat aku.
er percutian ke ?
Mengambil cuti selama seminggu untuk pulang ke tanah air bagi berada di samping keluarga ketika abah mendapatkan rawatan di IJN benar-benar membawa aku ke satu ruang dimensi untuk berfikir.
Ya,berfikir dan merenung ke dalam diri sendiri.Bahasa mudah dan ringkasnya,bermuhasabah :) 

Sudah hampir setahun aku melanjutkan pelajaran di negara ketiga terbesar di dunia ini tetapi aku seakan-akan kehilangan sesuatu dalam tempoh ini.Aku seperti kehilangan momentum hidup.Benarlah kata orang...kita mudah melihat kesilapan dan kekurangan orang lain berbanding diri sendiri..Aku amat bersyukur apabila ALLAH hadirkan insan-insan yang bisa menegur dan membantu memperbaiki kelemahan aku.

Insan-insan yang memberikan makna yang amat mendalam pada aku selepas ALLAH dan rasul adalah ibu dan abah.Kasih mereka tidak mengira susah dan senang.Kasih mereka hingga ke syurga.Aku masih ingat ketika kecil dahulu abah akan menghantar aku ke sekolah setiap pagi.Sepanjang perjalanan ke sekolah abah akan memberikan kata-kata nasihat..hanya waktu itu yang memberikan ruang untuk abah menegur dan menasihati lantaran kesibukan abah bekerja saban hari.Tetapi dalam usia yang mentah pada waktu itu pada tanggapan aku setiap yang diucapkan oleh abah pada tika itu adalah leteran seorang ayah.

Namun kini aku sedari nilai leteran itu yang pada hari ini telah membentuk diri aku untuk sentiasa berusaha menjadi hamba dan anak yang solehah.Aku masih mencuba.Aku masih bertatih.Aku masih belajar.Ya,aku sering jua terjatuh dan tertewas namun aku yakin pada kasih Yang Maha Esa..aku yakin pada janjiNYA..moga ALLAH redha dan membuka jalan untuk aku menjadi hamba yang dikasihiNYA.



Moga Allah izinkan untuk anak ini berbakti buat ibu bapanya InshaALLAH :") 

perjalanan kali ini



Semasa menulis entry kali ni..berada di LCCT ,kl..memerah dan menggerakkan otak supaya bekerja untuk mengelakkan rasa mengantuk sementara menunggu penerbangan yang seterusnya.Macam lone ranger ja rasa mengharungi perjalanan sendiri ditemani kegemaran Ice mocha latte. 
Perjalanan pulang ke xi'an kali ini agak berbeza dari sebelumnya.Semuanya gara-gara lewat menempah tiket.Pertama kali akan transit di Don Mueang International Airport,Bangkok,Thailand.Mencuba Air Asia Airlines pula kali ini.Perjalanan bermula dari Penang International Airport ke LCCT airport KL.Kemudian awal pagi nanti bertolak pula dari LCCT airport KL ke Don Mueang International Airport,Bangkok.Akhir sekali dari Bangkok ke Xi'an.Dari awal perjalanan lagi diuji pada kali ini bila penerbangan dari Penang ke KL tertangguh selama sejam.
Tak dapat digambarkan rasa mengantuk yang teramat sangat.Susah untuk lelapkan mata walau sebentar bila bersendirian sepanjang perjalanan.

tanah air tercinta

"mencari jalan pulang"

Kisah bermula bila abah disahkan mengalami masalah dengan kondisi jantung dan memerlukan rawatan di Institut Jantung Negara.Pulang ke Malaysia selepas memohon cuti selama seminggu.Alhamdulillah abah selamat menjalani rawatan dan tidak perlu mengambil sebarang bentuk ubat selepas prosedur cardiogram.Sepanjang abah menerima rawatan di IJN,rumah mak cik di KL menjadi tempat berteduh buat sementara waktu.

Sepanjang perjalanan pulang ke xi'an kali ini ,terngiang-ngiang kata-kata pak cik semasa berbual di KL tempoh hari.Pada mulanya aku meluahkan rungutan tentang sikap imigresen sewaktu di xi'an airport.Dia hanya tersenyum mendengar rungutan aku.Sebagai orang lama yang sudah tentu lebih berpengalaman daripada aku ,kata-kata yang diucapkannya benar-benar membuatkan aku terdiam dan berfikir sejenak.

Pak cik aku berkata..suasana di lapangan terbang boleh diumpamakan seperti hari perhitungan kelak.Hari di mana semua amalan kita akan dihisab oleh Allah S.W.T. Hari pembalasan atas setiap kebaikan mahupun kejahatan manusia sepanjang memegang amanah sebagai hamba di bumi.

Untuk menjelaskan dengan lebih terperinci..seperti kita sedia tahu ketika di lapangan terbang,sebelum menaiki pesawat kita semestinya perlu melalui pemeriksaan imigresen.Bagi yang tidak membawa bagasi atau tidak banyak barang pasti proses melalui imigresen akan lebih cepat dan mudah.Bagi penumpang yang membawa banyak bagasi atau barangan pula pasti akan diperiksa oleh imigresen dan mungkin akan mengambil masa sedikit sekiranya terdapat masalah.

Analogi ini menggambarkan pabila tiba hari dimana kita akan dihisab kelak..hamba yang punyai banyak harta dan tanggungjawab di dunia akan disoal atas setiap satu yang dimilikinya berkaitan bagaimana dan untuk apa dibelanjakan hartanya.Manakala hamba yang pada pandangan kita miskin di dunia tetapi mungkin pada hari perhitungan kelak dia lebih mudah melalui timbangan amal.

Kesimpulannya,tidak kira apa dan bagaimana setiap dari kita pasti akan disoal kelak atas setiap rezeki yang dibelanjakan di dunia..adakah kita membelanjakan harta kita di jalan yang mendapat keredhaanNYA ataupun jalan yang mengundang murka ALLAH ?ayuh muhasabah bersama..tepuk dada tanya iman..






Saturday, November 16, 2013

Tadika ku...haha


Dahulu semasa aq berumur 6 tahun.. aq dihantar ke tadika kiddies kindy di sini oleh ibu aq..semua itu adalah kisah 14 tahun yang lalu..Tadika tu memilih uniform seragam tadika yang berwarna hijau kuning utk pelajar pelajarnya..hari ini..setelah 14 tahun..adk adk aq bersekolah di tadika yang sama !
Aq agk teruja pd mulanya..haha siapa menyangka ..malah guru yang mengajar aq dulu pun masih ad di tadika tu..
Terima kasih cikgu!
Thank you teacher!
谢谢你老师!
Tanpa mereka mana mungkin kita kenal ABC ari nihh :D

:) may god bless...

be strong !


"Someday ,I'll able to look back on today and be grateful for being strong.But today,I'm just trying to keep my strength up to make it to tomorrrow"

autumn in xi'an 2013 

Semester kali ni penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran...cabaran yang cukup menguji ketahanan mental dan kesabaran.Mana mungkin kita dibiarkan mengaku beriman namun tidak diuji...
ujian tanda kasih yang Maha Esa..walau bagaimana sekalipun kita mesti bersangka baik padaNYA..
pasti ada hikmah yang tersurat disebalik setiap perkara yang berlaku..sebagai manusia biasa kadangkala dalam tidak sedar kita mempertikaikan sesuatu ketetapan kerana kita tidak mahu menerima akan hakikat..namun sedarlah wahai pemilik hati yang mudah lalai..,sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui..DIA yang telah menciptakan kita..dan DIA juga yang akan mematikan kita..
cuma mungkin kita tidak dapat melihat hikmahnya sekarang..tapi itu bukan alasan untuk kita berputus asa dari rahmatNYA..sebaliknya kita harus menguatkan lagi kebergantungan kita denganNYA..
yakinlah...,DIA Maha Mendengar.



Thursday, October 3, 2013

takdir

yi xue yuan,xi'an shaanxi,china P.R

Tadbirlah hati kita untuk menerima takdir dengan memaksanya 
menerima HAKIKAT bahawa apa sahaja yang terjadi pasti ada hikmahnya..

Hati kita goyah jua di jalan mujahadah..
Hati pasti merintih apabila PEDIH..
Jiwa pasti terdera pabila berduka..
Namun,kita tidak akan patah di jalan mujahadah..
Patah sayap terbang jua,
biar jatuh bertongkat dagu,namun mengalah tetap tidak ! 


Thursday, July 4, 2013

Maaf

Maaf untuk selalu gagal menjadi yang terbaik....


Xian-malaysia,4 days

Monday, July 1, 2013

Demam exam

                                

Kuat betul penangan exam spotting anatomy nih..sampai terbawa-bawa dalam mimpi semalam..huhu..Berdebar sangat-sangat tapi rasa tak sabar sebab nak habiskan exam ni cepat-cepat dan balik rumah! Yayy..hehe
Penantian satu penyeksaan..7 hari lagi nak terbang ke bumi terchenta,Malaysia.
Bulan mulia,Ramadhan akan tiba tak lama lagi!.moga Allah panjangkan usia kita dan berpeluang untuk beribadah dalam bulan Ramadhan tahun ini..
In sha Allah ^^




Sunday, June 30, 2013

Mencongak sendiri


Sedih rasa bila keluar dari dewan peperiksaan dan sudah boleh congak berapa jangkaan markah sebenar nanti!
Mari muhasabah diri..mengapa tak mampu buat yang terbaik dan mungkinkah kerana persiapan yang tidak cukup dan tidak rapi? (T_T)

Tepuk dada tanya iman 
ayuh berubah ! 

Kertas exam terbang

Terbang tinggi di langit indah 
Patah sayapnya jatuh ke bumi 
Musnah semua angan-angan dan mimpi

#alhamdulillah selesai suda paper med term..tak pasti bole jawab dengan baik atau tak..huhu

Yang pasti senario seperti gamba kat atas ni memang brlaku..huhu sedey gla..
Menangis ayaq mata darah sekalipun,paper ni dah selesai..hanya mampu berserah..bertawakal dan berdoa kepadaNya..moga2 laoshi tu dilembutkan hatinya untuk tidak terlalu "strict" sewaktu semak kertas..

:)

Saturday, June 29, 2013

Angan-angan

Sama sekali tidak salah untuk menyimpan angan-angan dan impian.Jangan takut untuk bermimpi.Jangan takut mengimpikan masa hadapan yang lebih baik dari semalam..usah pedulikan padangan mereka yang menjatuhkan..
Pandanglah hari esok dengan harapan dan keazaman..jangan berputus asa! 



Bahaya?!

Bahaya hati ni 
Mudah sangat jatuh suka 
Asyik jatuh berkali kali 
Ish3..apa nak jadi ni..

Bahaya hati ni
Mudah sangat simpan rindu 
Asyik teringat ingat selalu 
Ish3..apa nak jadi ni..

Bahaya hati ni
Susah sangat nak setia
Goyah bila ditiup angin 
Ish3..apa nak jadi ni..

Bahaya hati ni 
Berdebar tak tentu hala 
Tak nak dengar kata 
Ish3..apa nak jadi ni..

==" 





Friday, June 28, 2013

Bahasa :)

                                 

Alhamdulillah urusan untuk pindah rumah semester depan dah selesai..cuma tinggal angkut barang-barang dari asrama sekarang ja.Macam-macam pengalaman sepanjang proses nak cari rumah baru ni.Agak sukar sebab bahasa komunikasi menjadi penghalang.kelakar jugak rasa kadang-kadang sebab dah macam ayam dengan itik bercakap.hendak guna bahasa inggeris agen hartanah tu tak paham.hendak guna bahasa mandarin kami pulak tak fasih.tetapi Alhamdulillah selesai sudah urusan mencari..syukur pada Allah kerana mempermudhkan urusan ni..dan syukur Allah hadirkan beberapa orang insan yang berhati mulia untuk membantu..

Timbul kesedaran untuk perbaiki penguasaan dalam bahasa mandarin.Sememangnya sukar untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat bila tidak fasih dan cekap menggunakan bahasa mandarin..
InsyaAllah..moga smangat ni tak padam di tengah jalan harapnya..huhu
Peringatan untuk diri semoga terus istiqamah memperbaiki bhsa mandarin ^_^

Menunggu tanpa menyedari

Kalau berharap 
Tahu mungkin akan kecewa
Kalau tunggu
Tahu mungkin akan kecewa
Masa hadapan tiada dalam bayangan 
Hari ini hargai dengan sebaiknya 
Kerana hari esok belum pasti 



Tuesday, May 28, 2013

novel

Bermula dari sekolah menengah lagi awa sangat suka baca novel ^_^
novel pertama yang awa baca ,"Julia"..
Kiranya dah macam pembaca novel tegar la..Sebuah novel selalunya boleh selesai baca dalam sehari je.Maksudnya memang tak buat kerja lain dah la selain baca novel tuh.huhu..Oleh kerana minat yang semakin mendalam lama kelamaan koleksi novel awa semakin banyak dan bertambah.Kalau dapat duit ja mesti nak beli novel.Kalau pergi kedai buku ja mesti kena beli novel.Baru-baru ni dapat tahu yang hlovate keluarkan novel baru ^_^
Sangat teruja dan tak sabar nak balik Malaysia untuk beli novel tu...
Cemburu sangat..sebab ada kawan-kawan yang dah dapat baca novel nih...huhu...
tak pe..sabar ye awa...44 hari jeh lagii....
=="

(gambar:sumber google)



hujan ^^

19 Rejab 1434 Hijrah

Hari ini bumi xi'an menangis.Dari pagi hingga malam hujan.Tapi saya suka sebab saya suka hujan.kenapa?sebab saya suka la :p

Semester ni semakin bertambah menarik sebab dah mula kelas anatomi.Sebelum ni hari isnin hingga jumaat hanya belajar bahasa mandarin sahaja.Mula-mula memang teruja dan bersemangat tapi sudah lumrah pelajar lama kelamaan terbit juga rasa bosan.Namun tak bermakna semangat dan tekad untuk menguasai bahasa mandarin sudah luntur.Tidak sama sekali malah semakin menyala dalam diri....cewahh ayat...haha..

Hari ni kelas pagi.Cuaca pagi Xi'an yang cukup menggoda diri untuk terus tidur.Bantal,katil dan selimut menyeru dan terus menyeru untuk kekal melayari alam mimpi..di gagahkan juga diri meredah hujan pagi untuk ke kelas....sangat menguji ==" kesabaran . 
Saya budak baru belajar.Masih mentah dan banyak lagi yang perlu di pelajari.Masih jauh jalan yang perlu ditempuhi.Hari semalam di bawa bersama menjadi pedoman dan pengalaman.Hari ini diharungi dengan sebaik mungkin.Hari esok tiada siapa tahu apa yang akan dilalui.Hanya dengan izinNYA jualah kita akan menempuhinya nanti.Langkah-langkah kecil yang memerlukan semangat yang kuat,azam dan tekad yang teguh,usaha yang berpanjangan,istiqamah dalam perjuangan,keyakinan yang utuh dan yang utama izin dari DIA.Semoga Allah redha.Moga jalan dipilih ini menjadi jalan yang di redhai olehNya..InsyaALLAH....



with luv,
نور ازوا



Tuesday, May 7, 2013

putus asa?

ada suatu ketika kadang-kadang rasa seperti tidak mahu bangun lagi selepas jatuh..
ada suatu ketika kadang-kadang rasa seperti mahu melepaskan semuanya pergi..
ada suatu ketika kadang-kadang rasa seperti tidak mampu untuk terus melangkah lagi ..
ada suatu ketika kadang-kadang rasa seperti diri sangat lemah dan tidak berdaya...
ada suatu ketika kadang-kadang rasa sangat penat..
ada masa diri penuh dengan motivasi dan semangat yang berkobar-kobar..
ada masa untuk berdiri sekalipun rasa tidak mampu...

layakkah untuk aku merasakan begitu ?
layakkah untuk aku berputus asa begitu ?
Astaghfirullahalzim..
baru diuji sedikit dengan ujian aku sudah mula mahu berputus asa?
sedangkan lebih ramai lagi orang lain yang diuji jauh lebih hebat dari aku...
lantas layakkah untuk aku berputus asa?
tidak!
oleh itu , bangun!
jangan hentikan langkah hanya kerana perasaan "malas" dan "putus asa" yang cuba meracuni diri..
jangan berhenti berusaha sehingga ke garisan penamat...
meskin tidak mencapai apa yang diimpi..
yakin lah..
DIA melihat keikhlasan dan kegigihan mu..
DIA Maha Mengetahui setiap sesuatu !..
tawakal+usaha,doa+tawakal,tawakal...
:)


wit luv,
نور ازوا روسلي



Saturday, April 27, 2013

HIKMAH di perantauan ^_^

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد


Alhamdulillah hari ni dah 27 April 2013.seperti selalu masa di rasakan berlalu dengan sangat cepat..tiada lagi masa untuk menoleh ke belakang..tiba waktu untuk terus melangkah ke hadapan dan tingkatkan produktiviti diri insyaALLAH ^_^

Hari ni selepas kelas medical terminology tadi awa g vanguard (supermarket) untuk beli barang..sedang memilih barang-barang untuk masak nanti dan beberapa keperluan diri..terfikir sejenak tentang perbezaan hidup di negara sendiri dan negara orang..
Insaf sebentar...huhu ^_^
1.Kalau di Malaysia nak beli barang dapur dan sebagainya pergi tesco atau gaint je..lepas beli barang masuk dalam kereta dan memandu pulang ke rumah..
bila di perantauan..jalan kaki je atau kayuh basikal bagi yang ada..lepas beli barang terkial-kial bawak balik dorm/asrama/rumah

2.Kalau dulu masa beli barang aci ambil ja semua benda yang rasa berkenan di hati..tak payah nak kira-kira budjet...
"tahu ambil,masuk troli,mama bayar"..hehe
bila di perantauan..nak pilih barang pun pilih yang ada promotion atau tak..tengok dulu harga..bandingkan harga..dan nak bayar tu kira-kira dulu jumlah semua..nasib ad kalkulator dalam henfon kan...sungguh sadis =='

3.Kalau dulu di Malaysia...tak nak ambil kisah pun bagaimana rupa daun sup tu..bukan daun sup sahaja malah daun-daun lain yang seangkatan dengan nya juga..haha
bila di perantauan..dari tak tahu..mesti ambil tahu sebab bila nak makan tak ada mak untuk minta itu dan ini..huhu,.dan akibat dari sikap dahulu yang tidak mahu ambil tahu maka terjadilah insiden seperti di bawah...

nasib baik mama celik IT..senang nak tanya..hehe
4.Kalau dulu di Malaysia..nak pegang periuk,senduk dan yang berkaitan dengannya pun susah..tapi bila di perantauan mahu atau tak lama kelamaan kena juga belajar masak..tak kan setiap hari nak makan di luar..tambahan pula bila cita rasa makanan setempat tu tak berkenan di hati..huhu..

5.Kalau dulu di Malaysia..ada abah atau ibu yang jerit melolong pagi-pagi untuk kejutkan bangun solat subuh..bila duduk sendiri ni kena la usaha untuk bangun sendiri...huhu..tak bole la nak selamanya bergantung pada orang lain... :')

Benar lah kata orang,"Jauh berjalan,luas pandangan"
Hikmahnya insyaALLAH kita dapat memperbaiki diri kita ke arah yang lebih baik..sentiasa melihat sesuatu situasi tak kira ia menggembirakan atau tidak dengan pandangan yang positif agar diri kita turut menjadi positif dan berdaya maju... ^_^
Tak kiralah di mana kaki berpijak..selagi mana kita bernafas..kita punya tanggung jawab dan tujuan hidup..mari menjadi hambaNYA yang "tahu" dan "faham" akan sebab hidup..
sebagaimana kita jelas akan peranan diri dan hidup kita di atas 
muka bumi sebagai khalifah  Allah   :)

mood:Exam untuk physic dan 
quiz untuk medical terminology dah makin dekat....huaaa =="
over lebey..study dak lagi..haha 
entry tentang trip ke Shanghai masih dalam draft..huhu
rindu family :'(




luv,
نور ازوا روسلي

Thursday, April 25, 2013

emosi dikendur ;)

Assalamualaikum...


اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W yang sentiasa di rindui...

Menzahirkan kesyukuran pada yang Maha Esa atas kurniaan , nikmat dan rezeki dariNYA...
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah...

Sudah lama rasanya tak update entry baru di blog ni..Tertangguh dek kekangan masa dan tuntutan komitmen pada perkara lain...uhukk...ayatt...padahal malas sebenarnya..huhu...Memang selalu terjadi bila kekeringan idea maka blog ni sememangnya akan ditinggalkan sepi tanpa suara... :D

Malam ni terbaca satu artikel yang menarik dari laman sesawang iluvislam yang bertajuk "Emosi dikendur,Kasih Sayang disalur"..Bagi awa pengisiannya sangat bermanfaat dan memberi ruang dan peluang untuk pembaca merenung kembali ke dasar hati sambil bermuhasabah diri..insyaALLAH :)
Alhamdulillah artikel ni sangat menyentuh hati dan seolah olah menyampaikan sesuatu yang bermakna buat diri..Boleh tekan SINI jika ingin membaca artikel tersebut....

Lumrah manusia kadang kala bila membaca artikel yang panjang berjela-jela dengan penggunaan bahasa yang "skema" mula lah tangan nak scroll laju-laju ke bawah..tapi artikel ni sangat berbeza penyampaiannya..tak rasa penat dan jemu membaca setiap butir mutiara kandungannya... ^_^

awa suka pada kesimpulan artikel ni :


Erti hidup pada memberi. Jangan sedih apabila tidak disayangi, sedihlah apabila diri tidak mampu menyayangi. Jangan sedih apabila tidak dihargai, sedihlah apabila diri tidak berharga dan tidak menghargai orang lain. Apa yang paling utama, bersabarlah setiap kali ujian menimpa. Bersikap positif lah setiap kali teruji dan fikirkanlah
"Lebih baik siapa kita di depan Allah daripada siapa kita di depan manusia."

moga kita perolehi manfaat dari setiap mutiara ilmu yang dikurniakan oleh NYA...   :)







luv,
نور ازوا روسلي

Monday, April 8, 2013

A.k.u

Aku adalah manusia yang punya hati dan perasaan..bukan patung kaku yang tak bernyawa tanpa perasaan.Ada perasaan ada luka luka kecil bila hati tergores mungkin jugak terlerai kepada cebisan dek hentakan yang menggegar kan jiwa ...



Tuesday, April 2, 2013

merapu

..dayanta menghampiri senja ..

Merantau ke sebuah negara di Asia timur yang mempunyai lebih dari 1.35 billion penduduk adalah suatu perkara yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini .Bermimpi tentangnya juga tidak pernah!.
Akhir tahun 2012,menjejakkan kaki ke sebuah daerah yang tidak pernah pun didengari namanya sebelum ini.Bahasa,kebudayaan,sosial,dan persekitaran yang cukup asing dengan diri..
Berkelana ke kota yang mana antara kota tertua di china untuk menuntut ilmu memberikan pelbagai pengalaman baru..

Daerah ini pada asalnya diberi nama "Chang'an" namun ditukar namanya ketika zaman pemerintahan Ming menjadi "Xi'an " dan sehingga hari ini digelar dengan xi'an yang membawa maksud "kedamaian barat"...

waaaH intro bagaikan hendak menulis di wikipedia :D perasannn.... ^___^ 
Pejam celik..pejam celik..pejam celik..alhamdulillah masih celik dah masuk bulan april..cepat sungguh masa berlalu..sebenarnya post kali nih x de kaitan pun dengan intro kat atas tuh... 
saja nak bagi panjang post hahhaa...

adatlah bila merempat ehh merantau jauh dari keluarga nih...dari tak reti masak lansung mula pandai sikit nak pegang kuali belanga..dari penyegan tahap tak sedar diri mula la jadi rajin siket..itulah hikmahnya bila mula belajar untuk berdikari...dipendekkan cerita arini tekak teringin sangat nak makan sup ayam n rolled omellet...kalau kat Malaysia bole la start engine kereta n beli kat kedai je..Alhamdulillah arini ni berjaya jugak buat sup ayam n rolled omelette buat pertama kalinya...
maluu jehh.... =="
Hasil air tangan untuk makan malam yang tak seberapa tapi boleh lah dimakan untuk hilangkan rasa mengidam yang sukar dikawal lagi.. ^_^

..sup ayam..

x tulis pun smua org tau tu telur.. =="

Mood sangat baik arini..jadi awa nak kongsi resipi sup ayam nih..copy dari internet je ..tp Alhamdulillah dah cuba mmg menjadi :)
resipi nih hidangan untuk 8 orang...

bahan-bahan :

-seekor ayam dipotong 16
-1 labu bawang merah
-2 ulas bawang putih 
-1 inci halia
-sebatang kulit kayu manis
-4 kuntum bunga cengkih 
-2 kuntum bunga lawang 
-3 biji buah pelaga 
-2 biji kentang 
-1 batang lobak 
-1 mangkuk air panas
-lada sulah,garam,aji dan stok ayam 
-daun sup,daun bawang ,bawang goreng

cara-cara :

1.Baca basmallah ^_^
2.Rendam rempah dalam air panas yang menggelegak dan biarkan sehingga air tersebut suam kemudian toskan rempah .Air rendaman tersebut disimpan
3.Kisar halus bawang merah & bawang putih.Halia dipotong halus.Lobak dipotong bulat-bulat dan kentang dipotong 4 atau 6..ikut kesesuaian.
4.Kemudian mula untuk menumis.Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau.Masukkan halia dan rempah yang telah direndam sebentar tadi.Tumis sebentar.
5.Seterusnya masukkan ayam dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yang ditumis.biarkan selama 5-10 minit.
6.Kemudian masukkan air rendaman rempah sebentar tadi dan tambah 1 lagi mangkuk air.kuatiti air bergantung..
7.Masukkan kentang dan lobak merah apabila sup mula menggelegak.
8.Apabila ayam telah empuk masukkan pula stok ayam ,garam,aji & lada sulah.
9.Setelah siap tutup api dapur dan masukkan daun bawang dan bawang goreng...
10.Sedia untuk dimakan ^_^





Monday, March 18, 2013

不要担心... 一切都会好的.. Allah always by ur side..

Bila memikirkan cabaran dunia aku menjadi gentar..
Bila memikirkan kesukaran yang telah mahupun akan ditempuhi langkah aku menjadi payah..
Bila memikirkan onak duri perjalanan mngejar impian aku merasakan runsing..
Bila menempuhi ujian demi ujian..kadang kala aku tersungkur..
Namun..

Bila aku menyedari DIA Yang MAHA Kuasa sentiasa ada bersamaku..
Dari gentar aku menjadi berani..
Dari payah menjadi mudah ..
Dari runsing menjadi tenang
Dari jatuh tersungkur kini aku gagah berdiri..

Kerana aku ada DIA..
Langkah ku menjadi mudah..
Sentiasa memohon keredhaanNya mengiringi setiap langkah perjalanan ku..
InsyaAllah ;)

安心~



Milik siapa?

Tak mungkin memiliki dan dimiliki ..
Kerana semuanya milik Yang Maha Kuasa
Hati membisikkan suatu rasa
Dalam pada akal cuba menafikan..
Mana mungkin berharap pada yang tak pasti..
Bukan pengecut jauh sekali gentar..
Hanya tak sanggup hati tercalar lagi..

Berserah padaNya..
Bahagia atau derita..
DIA Maha Mengetahui setiap sesuatu..


安心

Thursday, March 14, 2013

rambut MAHKOTA wanita ^_^

Assalamualaikum ^_^



Setiap wanita muslimah yang sudah mencapai usia baligh di wajibkan keatasnya menutup aurat mengikut garis panduan yang telah ditetapkan olehNYA.Aurat bagi wanita merangkumi seluruh anggota badan kecuali muka dan kedua telapak tangan...Sebagai seorang wanita muslimah juga kita haruslah melabuhkan jilbab sehingga menutupi dada..Sebagaimana kita telah diperintahkan oleh ALLAH dalam surah An-nur ayat ke 31 yang bermaksud:
“.. Dan janganlah mereka (golongan mukminah) memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang-orang gaji lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka..”
 Moga kita dapat terus istiqamah dalam menutup aurat demi mentaati perintah Yang Maha Esa..
tapi topik "entry" kali ni bukan sahaja ttg aurat...tetapi tentang penjagaan rambut bagi wanita muslimah :)

Segelintir muslimah memandang ringan tetang penjagaan rambut dengan alasan mereka bertudung..lalu penjagaan rambut tak perlu di titik beratkan lantaran ia tidak akan kelihatan pada umum..Ianya merupakan satu persepsi yang salah kerana rambut adalah mahkota bagi seorang wanita ^_^

Meskipun kita berjilbab...kita juga boleh tampil dengan rambut yang cantik dan menawan untuk suami atau ketika berada di dalam rumah..justeru itu,penjagaan rambut bagi wanita muslimah adalah sangat penting..Entry kali ini, ingin dikongsikan beberapa tips yang boleh kita amalkan untuk penjagaan rambut yang sihat terutamanya bagi wanita muslimah..
  • Mencuci rambut 3 kali seminggu 

    Sebagai muslimah yang menutup kepalanya dengan hijab adalah tidak sesuai untuk mencuci rambut setiap hari terutama sekali apabila dalam keadaan tergesa-gesa di pagi hari untuk ke kuliah ataupun bekerja.Hal yang demikian, kerana rambut kita memerlukan masa untuk kering sebelum kita mengenakan hijab (^^,).Memakai hijab dalam keadaan rambut yang masih basah akan mengundang bahaya kepada kondisi rambut yang sihat :) elak kan juga membungkus rambut dengan tuala selepas mandi..
  • Memilih fabrik tudung yang selesa

    Pemilihan fabrik tudung juga sangat penting..Elakkan memilih kain kapas sebagai tudung kerana kain kapas akan memerangkap haba dan tidak baik untuk kulit kepala..
  • Memilih shampoo yang bersesuaian dengan keadaan rambut dan kulit kepala
    pelbagai jenis shampoo boleh didapati di pasaran..buatlah pilihan yang tepat berdasarkan keadaan rambut anda ^_^
Sekian dulu untuk entry kali ni (^_^) 



SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST BERSAMA ENTRI MAMA


Assalamualaikum ^_^
mari ramai2 join segmen Pencarian Bloglist bersama Entri Mama :)
kawan2 bertuah yang ditag adalah... +amira sueraya n +Aisyah Razak
good luck ;)

Tuesday, March 12, 2013

妈妈,爸爸 我想念你们!

您好!
Assalamualaikum..
Cepat masa berlalu sekarang dah hampir pertengahan bulan 3..alhamdulillah semester kedua sudah bermula!yayy.. =="
Rasa macam baru lagi bercuti di rumah..
Rindu sangat dengan mama n abah..
Hanya DIA yg tahu betapa diri ini ingin sekali berada di malaysia pada waktu ni untuk membantu mereka..dah hampir 20 tahun diaorang bersusah payah untuk membesarkan aq..tapi menuntut ilmu disini juga satu amanah..amanah dari NYA..amanah dari mama n abah...
Fighting!!..mesti kuat semangat..
;)


Sunday, February 17, 2013

Amanah :)

Amanah..hanya memerlukan enam huruf untuk menyatakannya tetapi realitinya apa yang disebut "amanah" itu tidak boleh dipandang mudah sama sekali.
Apakah yang dimaksudkan dengan amanah ? Dari segi bahasa, amanah berasal dari perkataan Arab, bermaksud tenteram, aman, terselamat dan harmonis.

Dari segi nilai dan akhlak pula ,amanah bermaksud menghargai kepercayaan orang lain terhadap diri seseorang dengan melaksanakan tuntutan yang terdapat dalam kepercayaan itu. Dengan kata lain, amanah ialah tanggungjawab yang diterima seseorang yang kepadanya diberikan kepercayaan bahawa ia dapat melaksanakannya sebagaimana yang dituntut, tanpa mengabaikannya. Apabila tanggungjawab ini dilaksanakan dengan sempurna, ia merasa tenteram, aman..

Amanah bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan.Ianya adalah sesuatu yang mana kita akan disoal berkaitannya di hari pembalasan kelak.Memegang amanah adalah satu tanggungjawab.Jangan pernah mempersiakan amanah yang diberikan.Amanah diberikan atas dasar kepercayaan.Kepercayaan bukan boleh diperolehi dengan sewenang wenangnya..

Sebagai seorang hamba Allah..
Kita memegang amanah untuk menjadi khalifah di ats muka bumiNya..

Sebagai seorang pelajar..
Kita memegang amanah untuk menuntut ilmu

Sebagai seorang ibu mahupun bapa..
Kita memegang amanah untuk mendidik dan mengasuh anak anak ..mereka Adalah amanah dari Allah yg x trnilai..

Sebagai seorang pekerja..
Kita memegang amanah utk melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin..

Sebagai seorang anak...
Kita memegang amanah..untuk mentaati ibu bapa :)

Setiap dari kita punyai amanah yang dipikul..ia bukanlah beban..tetapi ia adalah tanggungjawab dan kepercayaan yang diletakkan atas diri kita :)
Mari menjadi hambaNya yang amanah ;)

Thursday, January 31, 2013

yakinlah ;)

Exams + Facebook = your face is in the wrong book 



Alhamdulillah hari yang dinanti-nantikan sudah berlalu...menghitung hari untuk ujian bahasa cina dan detik untuk balik ke Malaysia! :D quotes kat atas tuh x ad kena mengena pun sebenarnya...saja letak sebab tertarik ngan quotes tu..memang tu realitinya..kalau nak study dengan lappy depan mata memang x jadi study la..ke lain pulak jadinya..huhu..


Berbalik pada topik..penantian sememangnya satu penyeksaan..huhu...saban hari menghitung hari..buat "countdown" kat meja belajar..akhirnya detik yang dinantikan sudah berlalu..sekarang pun kebanyakkan kawan-kawan awa dah sampai ke tanah air masing-masig atau masih dalam perjalanan..
awa sendiri masih transit di hong kong airport..InsyaALLAH semoga dipermudahkan olehNYA untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta ;)

menantikan detik untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta ! hee..
saya sendiri...tapi DIA sentiasa ada dengan saya ^_^ 

Selesai sudah mukadimahnya...haa baru mukadimah keyh! :D
Topik yang sebenarnya adalah tentang keyakinan dan rasa kebergantungan kita pada NYA..
Kebiasaanya kita lebih cenderung untuk mengingatinya tika diri dalam kesusahan..namun apabila diri kita gembira kita menjadi lalai..Mengingati Allah bukanlah ketika diri kita dalam kesusahan atau kesedihan sahaja..setiap masa,setiap detik,setiap hembusan nafas ini..DIA mestilah sentiasa di ingatan dan di hati..

Kebelakangan ini tersebar luas tentang kisah "Hajar"..seorang mahasiswi yang mengalami kecederaan parah akibat kemalangan dan Hajar telah pun kembali kepada NYA..kemudian tersebarlah kisah tetang hajar..tentang betapa KUATnya kebergantungan dia pada ALLAH..bagaimana dia redha dan akur pada takdir Allah..bagaimana dia tetap bersangka baik dengan Allah hingga ke akhir nafasnya walau diuji dengan ujian yang sungguh berat..Ujian itu menjadikan dirinya semakin dekat dengan penciptanya..dia tidak cepat melatah..malah jauh sekali mengeluh..dia hadapi ujian yang diberikan oleh ALLAH ke atas dirinya dengan penuh kesabaran..subhanallah !...terkenang pula kesabaran siti hajar semasa ditinggalkan nabi ibrahim bersama nabi Ismail...ditinggalkan di tengah-tengah padang pasir..namun Siti Hajar patuhi perintahNYA dan sungguh sabar menghadapi ujianNYA..
kesabaran seorang hamba Allah dan seorang ibu.. 

Sebagai seorang muslim..kita mesti yakin dan percaya..tiada kekuasaan yang lebih besar dari Yang Maha Besar...Dia tidak akan pernah mengecewakan kita..yakin dengan hati..zahirkan dengan perbuatan mentaati perintahnya...
 حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

“Hasbunallahu wa ni`mal Wakil’:
"Allah (Alone) is Sufficient for us, and He is the Best Disposer of affairs (for us)"

 آل عمران‎ : Surah Al ‘Imran (3:173)



~mari menjadi hamba yang PATUH pada perintahNYA ~




with luv,
awa~





Sunday, January 27, 2013

hidup ini sementara ~

Kehidupan di atas muka bumi ini hanyalah sementara..saban hari aku mendengar pelbagai berita..pemergian seorang demi seorang..kembali pada Maha Pencipta..membuatkan aku terduduk merenung seketika..hampir 20 tahun Allah izinkan untuk aku bernafas di atas muka buminya ini..namun apakah yang telah disumbangkan pada ummah? apakah cukup bekalan ku nanti untuk kembali menghadap DIA yang Esa? ..


Nikmat yang telah mahupun sedang dinikmati ini tidak terhitung nilainya..adakah kita benar-benar mensyukuri nikmat kurniaan ilahi ?atau hanya sekadar mengucapkan syukur di bibir tanpa menzahirkan nya dengan perlakuan?..tepuk dada tanya iman..apakah kita menggunakan nikmat yang Allah berikan ini untuk kebaikan ummah? untuk mentaati perintahnya? atau kita lalai dan menggunakannya ke arah maksiat? astaghfirullahalazim...

Wahai pemilik hati yang mudah lalai...kembali lah diri mu di jalan Nya..jangan biarkan dirimu lalai dengan keindahan DUNIA ..

mengingatkan diri sendiri...dan saudara yang dikasihi kerana NYA...
hidup ini hanyalah sementara..hargailah ia..lakukan lah kebaikan...bersama kita mematuhi perintahNYA..dan meninggalkan laranganNYA..semoga kita beroleh kebaikan di hari perhitungan nanti...

mari mulakan dengan niat..niat kerana DIA yang Esa... :)



Thursday, January 24, 2013

menilai yang PALSU dan yang BENAR...

kata orang..
CINTA itu indah...
ingin sekali ku rasai..
keindahan cinta dunia yang sering diperkatakan itu..

langkah berani..
menerima salam yang dihulur...
berbunga hati ..
merasai kehadiran insan istimewa..

tetapi....
fatwa hati membisikkan..
rasa tidak tenteram..
aku tertanya adakah salah aku cuba merasai cinta..

betapa besar dan agungnya kasih MU ...
ENGKAU berikan petunjuk ..
pada hati yang kian lalai..
lantas aku tersedar...
berdosanya diri ini..
membiarkan diri hanyut..
lalai dalam mengigatiNYA...
dek terleka dengan cinta dunia yang PALSU....

rumah tangga..rumah lift pun bole..... ;)

 ~6 hari lagi.kaoshi.7 hari lagi.feijichang.malaysia.home!

Hari ni kelas petang..masuk kelas lewat sikit sebab ada urusan di bank...selepas selesai semua urusan.. guna jalan di sebelah luar U untuk ke kelas..Apa yang menariknya...ada satu adegan yang sangat menyentuh hati berlaku hari ni..semasa menunggu lampu isyrat hijau untuk pejalan kaki untuk melintas ke seberang jalan..ada dua orang warga emas yang juga ingin melintas jalan..jelas kelihatan pada wajah mereka..wajah yang kian dimamah usia tua...terharu melihat pasangan warga emas tu melintas jalan dengan perlahan bersama-sama..terdetik dalam hati masa tu... masa ada yang setia dalam dunia ini..hehe..

bukannya apa..sebelum ni asyik disajikan dengan cerita-cerita perkahwinan yang berakhir di tengah jalan..bila melihat di hadapan mata..pasangan warga emas yang masih setia bersama..rasa terharu...huhu..yang lebih menyentuh hati..selepas melintas jalan..pasangan tu menuju ke perhentian bas..pasangan wanita tu bertindak lebih pantas dengan cuba mendapatkan bas tu terlebih dahulu dan meninggalkan wanita tersebut dibelakang yang masih berjalan dengan perlahan....
tetapi pasangannya tidak memasukinya dahulu..sebaliknya menunggu wanita tersebut dan membantu wanita itu untuk menaiki bas..

Pada masa kini...banyak kes-kes keruntuhan rumah tangga yang dapat kita lihat...kes penceraian berlaku di merata-rata tempat...keretakan rumah tangga selalunya akan turut memberikan kesan kepada anak-anak..untuk membina sebuah baitul muslim bukan lah semudah membina istana pasir di tepi pantai..sebaliknya..ia bermula dengan diri kita sendiri..jika diri kita sebagai seorang wanita..persediaan diri kita sendiri sebelum melangkah ke alam rumah tangga..persediaan dari sudut ilmu amat lah penting..baitul muslim sememangnya impian setiap dari kita..tetapi ia memerlukan kerjasama..memerlukan pengorbanan..memerlukan kesabaran..membina keluarga yang bahagia dan diredhaiNYA..tugas mendidik bakal-bakal penjuang agama bermula dari rumah lagi...




luv,
awa~



Sunday, January 20, 2013

nak balik ...yayy...

yayyy....9 hari lagi nak balik rumah......excited sgt...huhu..i really miss my family... :')
habes je exam nnt...esoknya flight petang tuk balik ke malaysia...walau transit lama gla kat HK airport..demi nk balik rumah...redah je la.... =='

Suasana kat sini makin sunyi..dah ramai senior yang dh balik..diaorang semua dah selesai exam..
tinggal lah kitaorang yang masih menghitung hari tuk balik ke malaysia..
rindu semua benda !haha...rindu keluarga sememangnya la..rindu makanan..rindu mcm2 ! haha..
hujung minggu kali ni ..kitaorang g zhong lou..tgk2 souveniers yang boleh bwk balik.. :)
esok mula kelas..minggu ni kiranya minggu terakhir kelas bagi semester ni..wah!!!..
cepatnya masa berlalu...rasa mcm mimpi jeh...huhu...lepas cuti dah nak masuk semester baru..
apa pun..alhamdulillah..thnks to ALLAH..ats smuanya... ^_^


 jasmine.mira.nisa.me.iru
with our laoshi..