Sunday, November 24, 2013

perjalanan kali ini



Semasa menulis entry kali ni..berada di LCCT ,kl..memerah dan menggerakkan otak supaya bekerja untuk mengelakkan rasa mengantuk sementara menunggu penerbangan yang seterusnya.Macam lone ranger ja rasa mengharungi perjalanan sendiri ditemani kegemaran Ice mocha latte. 
Perjalanan pulang ke xi'an kali ini agak berbeza dari sebelumnya.Semuanya gara-gara lewat menempah tiket.Pertama kali akan transit di Don Mueang International Airport,Bangkok,Thailand.Mencuba Air Asia Airlines pula kali ini.Perjalanan bermula dari Penang International Airport ke LCCT airport KL.Kemudian awal pagi nanti bertolak pula dari LCCT airport KL ke Don Mueang International Airport,Bangkok.Akhir sekali dari Bangkok ke Xi'an.Dari awal perjalanan lagi diuji pada kali ini bila penerbangan dari Penang ke KL tertangguh selama sejam.
Tak dapat digambarkan rasa mengantuk yang teramat sangat.Susah untuk lelapkan mata walau sebentar bila bersendirian sepanjang perjalanan.

tanah air tercinta

"mencari jalan pulang"

Kisah bermula bila abah disahkan mengalami masalah dengan kondisi jantung dan memerlukan rawatan di Institut Jantung Negara.Pulang ke Malaysia selepas memohon cuti selama seminggu.Alhamdulillah abah selamat menjalani rawatan dan tidak perlu mengambil sebarang bentuk ubat selepas prosedur cardiogram.Sepanjang abah menerima rawatan di IJN,rumah mak cik di KL menjadi tempat berteduh buat sementara waktu.

Sepanjang perjalanan pulang ke xi'an kali ini ,terngiang-ngiang kata-kata pak cik semasa berbual di KL tempoh hari.Pada mulanya aku meluahkan rungutan tentang sikap imigresen sewaktu di xi'an airport.Dia hanya tersenyum mendengar rungutan aku.Sebagai orang lama yang sudah tentu lebih berpengalaman daripada aku ,kata-kata yang diucapkannya benar-benar membuatkan aku terdiam dan berfikir sejenak.

Pak cik aku berkata..suasana di lapangan terbang boleh diumpamakan seperti hari perhitungan kelak.Hari di mana semua amalan kita akan dihisab oleh Allah S.W.T. Hari pembalasan atas setiap kebaikan mahupun kejahatan manusia sepanjang memegang amanah sebagai hamba di bumi.

Untuk menjelaskan dengan lebih terperinci..seperti kita sedia tahu ketika di lapangan terbang,sebelum menaiki pesawat kita semestinya perlu melalui pemeriksaan imigresen.Bagi yang tidak membawa bagasi atau tidak banyak barang pasti proses melalui imigresen akan lebih cepat dan mudah.Bagi penumpang yang membawa banyak bagasi atau barangan pula pasti akan diperiksa oleh imigresen dan mungkin akan mengambil masa sedikit sekiranya terdapat masalah.

Analogi ini menggambarkan pabila tiba hari dimana kita akan dihisab kelak..hamba yang punyai banyak harta dan tanggungjawab di dunia akan disoal atas setiap satu yang dimilikinya berkaitan bagaimana dan untuk apa dibelanjakan hartanya.Manakala hamba yang pada pandangan kita miskin di dunia tetapi mungkin pada hari perhitungan kelak dia lebih mudah melalui timbangan amal.

Kesimpulannya,tidak kira apa dan bagaimana setiap dari kita pasti akan disoal kelak atas setiap rezeki yang dibelanjakan di dunia..adakah kita membelanjakan harta kita di jalan yang mendapat keredhaanNYA ataupun jalan yang mengundang murka ALLAH ?ayuh muhasabah bersama..tepuk dada tanya iman..






No comments: