Sunday, November 24, 2013

bakti seorang anak


Percutian pendek kali ini memberikan makna yang mendalam buat aku.
er percutian ke ?
Mengambil cuti selama seminggu untuk pulang ke tanah air bagi berada di samping keluarga ketika abah mendapatkan rawatan di IJN benar-benar membawa aku ke satu ruang dimensi untuk berfikir.
Ya,berfikir dan merenung ke dalam diri sendiri.Bahasa mudah dan ringkasnya,bermuhasabah :) 

Sudah hampir setahun aku melanjutkan pelajaran di negara ketiga terbesar di dunia ini tetapi aku seakan-akan kehilangan sesuatu dalam tempoh ini.Aku seperti kehilangan momentum hidup.Benarlah kata orang...kita mudah melihat kesilapan dan kekurangan orang lain berbanding diri sendiri..Aku amat bersyukur apabila ALLAH hadirkan insan-insan yang bisa menegur dan membantu memperbaiki kelemahan aku.

Insan-insan yang memberikan makna yang amat mendalam pada aku selepas ALLAH dan rasul adalah ibu dan abah.Kasih mereka tidak mengira susah dan senang.Kasih mereka hingga ke syurga.Aku masih ingat ketika kecil dahulu abah akan menghantar aku ke sekolah setiap pagi.Sepanjang perjalanan ke sekolah abah akan memberikan kata-kata nasihat..hanya waktu itu yang memberikan ruang untuk abah menegur dan menasihati lantaran kesibukan abah bekerja saban hari.Tetapi dalam usia yang mentah pada waktu itu pada tanggapan aku setiap yang diucapkan oleh abah pada tika itu adalah leteran seorang ayah.

Namun kini aku sedari nilai leteran itu yang pada hari ini telah membentuk diri aku untuk sentiasa berusaha menjadi hamba dan anak yang solehah.Aku masih mencuba.Aku masih bertatih.Aku masih belajar.Ya,aku sering jua terjatuh dan tertewas namun aku yakin pada kasih Yang Maha Esa..aku yakin pada janjiNYA..moga ALLAH redha dan membuka jalan untuk aku menjadi hamba yang dikasihiNYA.



Moga Allah izinkan untuk anak ini berbakti buat ibu bapanya InshaALLAH :") 

No comments: