Sunday, November 24, 2013

bakti seorang anak


Percutian pendek kali ini memberikan makna yang mendalam buat aku.
er percutian ke ?
Mengambil cuti selama seminggu untuk pulang ke tanah air bagi berada di samping keluarga ketika abah mendapatkan rawatan di IJN benar-benar membawa aku ke satu ruang dimensi untuk berfikir.
Ya,berfikir dan merenung ke dalam diri sendiri.Bahasa mudah dan ringkasnya,bermuhasabah :) 

Sudah hampir setahun aku melanjutkan pelajaran di negara ketiga terbesar di dunia ini tetapi aku seakan-akan kehilangan sesuatu dalam tempoh ini.Aku seperti kehilangan momentum hidup.Benarlah kata orang...kita mudah melihat kesilapan dan kekurangan orang lain berbanding diri sendiri..Aku amat bersyukur apabila ALLAH hadirkan insan-insan yang bisa menegur dan membantu memperbaiki kelemahan aku.

Insan-insan yang memberikan makna yang amat mendalam pada aku selepas ALLAH dan rasul adalah ibu dan abah.Kasih mereka tidak mengira susah dan senang.Kasih mereka hingga ke syurga.Aku masih ingat ketika kecil dahulu abah akan menghantar aku ke sekolah setiap pagi.Sepanjang perjalanan ke sekolah abah akan memberikan kata-kata nasihat..hanya waktu itu yang memberikan ruang untuk abah menegur dan menasihati lantaran kesibukan abah bekerja saban hari.Tetapi dalam usia yang mentah pada waktu itu pada tanggapan aku setiap yang diucapkan oleh abah pada tika itu adalah leteran seorang ayah.

Namun kini aku sedari nilai leteran itu yang pada hari ini telah membentuk diri aku untuk sentiasa berusaha menjadi hamba dan anak yang solehah.Aku masih mencuba.Aku masih bertatih.Aku masih belajar.Ya,aku sering jua terjatuh dan tertewas namun aku yakin pada kasih Yang Maha Esa..aku yakin pada janjiNYA..moga ALLAH redha dan membuka jalan untuk aku menjadi hamba yang dikasihiNYA.



Moga Allah izinkan untuk anak ini berbakti buat ibu bapanya InshaALLAH :") 

perjalanan kali ini



Semasa menulis entry kali ni..berada di LCCT ,kl..memerah dan menggerakkan otak supaya bekerja untuk mengelakkan rasa mengantuk sementara menunggu penerbangan yang seterusnya.Macam lone ranger ja rasa mengharungi perjalanan sendiri ditemani kegemaran Ice mocha latte. 
Perjalanan pulang ke xi'an kali ini agak berbeza dari sebelumnya.Semuanya gara-gara lewat menempah tiket.Pertama kali akan transit di Don Mueang International Airport,Bangkok,Thailand.Mencuba Air Asia Airlines pula kali ini.Perjalanan bermula dari Penang International Airport ke LCCT airport KL.Kemudian awal pagi nanti bertolak pula dari LCCT airport KL ke Don Mueang International Airport,Bangkok.Akhir sekali dari Bangkok ke Xi'an.Dari awal perjalanan lagi diuji pada kali ini bila penerbangan dari Penang ke KL tertangguh selama sejam.
Tak dapat digambarkan rasa mengantuk yang teramat sangat.Susah untuk lelapkan mata walau sebentar bila bersendirian sepanjang perjalanan.

tanah air tercinta

"mencari jalan pulang"

Kisah bermula bila abah disahkan mengalami masalah dengan kondisi jantung dan memerlukan rawatan di Institut Jantung Negara.Pulang ke Malaysia selepas memohon cuti selama seminggu.Alhamdulillah abah selamat menjalani rawatan dan tidak perlu mengambil sebarang bentuk ubat selepas prosedur cardiogram.Sepanjang abah menerima rawatan di IJN,rumah mak cik di KL menjadi tempat berteduh buat sementara waktu.

Sepanjang perjalanan pulang ke xi'an kali ini ,terngiang-ngiang kata-kata pak cik semasa berbual di KL tempoh hari.Pada mulanya aku meluahkan rungutan tentang sikap imigresen sewaktu di xi'an airport.Dia hanya tersenyum mendengar rungutan aku.Sebagai orang lama yang sudah tentu lebih berpengalaman daripada aku ,kata-kata yang diucapkannya benar-benar membuatkan aku terdiam dan berfikir sejenak.

Pak cik aku berkata..suasana di lapangan terbang boleh diumpamakan seperti hari perhitungan kelak.Hari di mana semua amalan kita akan dihisab oleh Allah S.W.T. Hari pembalasan atas setiap kebaikan mahupun kejahatan manusia sepanjang memegang amanah sebagai hamba di bumi.

Untuk menjelaskan dengan lebih terperinci..seperti kita sedia tahu ketika di lapangan terbang,sebelum menaiki pesawat kita semestinya perlu melalui pemeriksaan imigresen.Bagi yang tidak membawa bagasi atau tidak banyak barang pasti proses melalui imigresen akan lebih cepat dan mudah.Bagi penumpang yang membawa banyak bagasi atau barangan pula pasti akan diperiksa oleh imigresen dan mungkin akan mengambil masa sedikit sekiranya terdapat masalah.

Analogi ini menggambarkan pabila tiba hari dimana kita akan dihisab kelak..hamba yang punyai banyak harta dan tanggungjawab di dunia akan disoal atas setiap satu yang dimilikinya berkaitan bagaimana dan untuk apa dibelanjakan hartanya.Manakala hamba yang pada pandangan kita miskin di dunia tetapi mungkin pada hari perhitungan kelak dia lebih mudah melalui timbangan amal.

Kesimpulannya,tidak kira apa dan bagaimana setiap dari kita pasti akan disoal kelak atas setiap rezeki yang dibelanjakan di dunia..adakah kita membelanjakan harta kita di jalan yang mendapat keredhaanNYA ataupun jalan yang mengundang murka ALLAH ?ayuh muhasabah bersama..tepuk dada tanya iman..






Saturday, November 16, 2013

Tadika ku...haha


Dahulu semasa aq berumur 6 tahun.. aq dihantar ke tadika kiddies kindy di sini oleh ibu aq..semua itu adalah kisah 14 tahun yang lalu..Tadika tu memilih uniform seragam tadika yang berwarna hijau kuning utk pelajar pelajarnya..hari ini..setelah 14 tahun..adk adk aq bersekolah di tadika yang sama !
Aq agk teruja pd mulanya..haha siapa menyangka ..malah guru yang mengajar aq dulu pun masih ad di tadika tu..
Terima kasih cikgu!
Thank you teacher!
谢谢你老师!
Tanpa mereka mana mungkin kita kenal ABC ari nihh :D

:) may god bless...

be strong !


"Someday ,I'll able to look back on today and be grateful for being strong.But today,I'm just trying to keep my strength up to make it to tomorrrow"

autumn in xi'an 2013 

Semester kali ni penuh dengan pelbagai ujian dan cabaran...cabaran yang cukup menguji ketahanan mental dan kesabaran.Mana mungkin kita dibiarkan mengaku beriman namun tidak diuji...
ujian tanda kasih yang Maha Esa..walau bagaimana sekalipun kita mesti bersangka baik padaNYA..
pasti ada hikmah yang tersurat disebalik setiap perkara yang berlaku..sebagai manusia biasa kadangkala dalam tidak sedar kita mempertikaikan sesuatu ketetapan kerana kita tidak mahu menerima akan hakikat..namun sedarlah wahai pemilik hati yang mudah lalai..,sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui..DIA yang telah menciptakan kita..dan DIA juga yang akan mematikan kita..
cuma mungkin kita tidak dapat melihat hikmahnya sekarang..tapi itu bukan alasan untuk kita berputus asa dari rahmatNYA..sebaliknya kita harus menguatkan lagi kebergantungan kita denganNYA..
yakinlah...,DIA Maha Mendengar.