Sunday, December 30, 2012

kenapa marah-marah?

Jangan biarkan diri tewas dengan perasaan marah..kemungkinan untuk kita membuat keputusan yang salah dan terlalu mengikut emosi sangat tinggi ketika diri dikuasai perasaan marah..sebaiknya tenangkan diri dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata atau membuat keputusan..terlajak perahu boleh diundur..terlajak kata badan binasa..
"reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tak seperti yang diimiginasi"
manusia diciptakan berbeza-beza..personaliti yang berbeza..pemikiran yang berbeza..tetapi sedarkah kita..kadang-kadang kita terlalu melihat pada PERBEZAAN ,sehingga kita terlupa untuk mencari titik PERSAMAAN antara kita yang mungkin dapat membentuk perpaduan dan persaudaraan?

"Dalam konteks kehidupan,manusia sering kali dihadapkan pada suatu masalah yang memaksanya untuk memilih ,apakah menghadapinya dengan penuh ketenangan atau menyikapinya dengan amarah dan penuh emosi"
setiap individu memiliki pegangan ,pendirian dan pandangan yang tersendiri...tetapi tidak bermakna kita tidak perlu menghormati pendangan orang lain juga..mesti ada konsep "give and take" ..
kita perlu peka dengan sekeliling..mengambil kira juga apa yang dirasai oleh individu di sekeliling dan bukannya hanya mementingkan diri sendiri...mustahil untuk kita berdiri sendiri tanpa sokongan dari yang lain..untuk mencapai kejayaan haruslah dengan kerjasama pelbagai pihak..

hormati orang lain untuk diri dihormati 


okay sudah2 tu jum kta g amik wudu' keyh ? x mo marah2.....
;)


lots of luv,
awa~


~entry.emosi.tak.stabil~

No comments: