Tuesday, October 2, 2012

sesi fotografi Hijabul azzwaa boutique...

Hari sabtu lalu hijabul azzwaa boutique masuk stok baru lagi...macam biasa sesi fotografi untuk stok baru..
stok baru yang masuk kali ni :
  • Tudung bawal bidang 60" 1 tone crystal crown 
  • Tudung bawal bidang 55" rose 3 tone 
 untuk sesi fotografi kali ni..credit to kak iqa,kak ida and atul...kamsahamnida !  ^_^





kalau ada yang berminat dengan tudung bawal 3 tone rose labuh boleh tekan sini...
kalau yang nak tengok tudung bawal 1 tone bidang 60 " pulak bole tekan sini...



with luv,
awa~

Sunday, September 30, 2012

Jaga percakapan kita :)

Adakah kita berfikir dahulu sebelum berkata-kata atau hanya berfikir selepas berkata-kata?
Pernahkah kita menapis terlebih dahulu kata-kata kita sebelum melontarkannya kepada sasaran kita?
Tidak kira dalam apa situasi sekalipun sama ada kita sedang marah,sedih,gembira,cemburu,geram atau kecewa sekalipun.Sewajarnya kita menjaga percakapan kita.

Mengingatkan diri sendiri juga,jagalah percakapan.Jaga lah setiap butir bicara yang keluar dari bibir kamu selaku seorang muslim .Dunia akan melihat.Ya,mereka melihat dan menilai diri kita.Berjalan di atas muka bumi ini kita bukan hanya membawa nama sendiri dan nama bapa atau keluarga tetapi kita juga akan mewakili sekaligus mencerminkan agama,bangsa dan kewarganegaraan kita.