Wednesday, December 5, 2012

visit Xi'an ~

Setiap kali bila nak mula menulis entry baru mesti blur nak mula entry macam mana...haha..
wokeyh tak payah buang masa mari kita mulakan... ^_^
Minggu ni lebih menarik dari minggu2 sebelumnya..kalau tak hari-hari rutin yang sama..pergi kelas,balik kelas,makan,tido..haha..

Minggu ni keluarga kawan awa , Bal dtg ke Xi'an ...kalau dah sampai Xi'an tak lengkap lah kalau tak pegi ke Muslim street ...jadi kitaorg pun g jln2 kt sana...pelbagai jenis makanan boleh di cuba kat sini...selain daripada makanan , ada jgk brg2 mcm brg antik,cenderamata,lukisan di jual kt situ...
first thng yang kitaorg bwat bla smpai kt sana mstilah makan !! hehe...masing2 isi perut dulu...pasni baru bole g jejalan.... ^_^


 Pictures of great mosque
kemudian,kitaorg melawat great mosque...sangat cantik dan tenang tmpt ni... ^_^
Secara ringkasnya,Great mosque ni adlh antara yg tertua dan trbesar kat sini..mengikut sejarah yang direkodkan...masjid ni  dibina pada 742 semasa Dinasti Tang..sangat bes kalau melawat great mosque ni sbb kita dpt lihat senibina nya yang sangat halus,unik dan cantik ! subhanallah...Great msoque ni msh lg memaparkan seni bina gabungan tradisional muslim dan chinese...





ruang solat dalam great mosque..


tulisan ayat2 suci Al-quran pd dinding great mosque...






entry ni sepatutnya dah post sebelum entry yang sebelum ni lagi..tp tak sempat nak post entry ni..
emosi pulak terganggu sekejap..huhu....sudah2 tu awa... haha..jom kita lengkapkan entry kali ni k ?
huhu... ^_^ ..selain melawat ke great mosque dgn family kwn awa..kitaorg jga mlawat ke Terracotta worriors..insyaALLAH next entry nk share psal terracotta worriors pulak... ^_^

Keluarga kwn awa dh selamat pulang...terima ksh pd mreka skeluarga ats lyanan yg sgt baik...
smoga Allah membalasnya dengan kebaikan.... ;)
jmpa lagi nnt..insyaALLAH ^_^

lots f love,
awa~

Aku ingin mencintaiMU

Allah engkau dekat 
Penuh kasih sayang
Tak pernah engkau 
Biarkan hambaMU menangis
Karna kemurkaan MU
Karna kasih sayang MU
akhir-akhir ni entah kenapa rasa sangat sensitif...mudah terasa..huhu..mgkin emosi tak stabil..
unik dan hebatnya ciptaan yang Maha kuasa..manusia dicipta dengan pelbagai emosi..sedih,gembira,marah....

Allah memberikan akal kepada kita...sewajarnya kita boleh membezakan antara yang betul dan salah dalam setiap perbuatan,perkataan dan kehidupan kita...sekuat mana kita berpegang pada sesuatu prinsip..kita juga tak terlepas daripada ujianNYA...ujian tanda kasih Allah pada kita...ujian itu berbeza atas setiap dari kita..ada yang diuji dengan kesenangan..ada yang diuji dengan kesusahan..ada yang diuji dengan harta,pangkat,wanita...ada juga yang diuji dengan kegagalan mahupun kejayaan...
ada juga yang diuji dengan ujian hati ... :)

walau apa yang menduga ketaatan,ketabahan dan kesabaran diri dalam mematuhi perintah DIA..jangan pernah berputus asa..berputus asa bukanlah sifat seorang mukmin...cuma mungkin kdg2 kita perlu berHENTI seketika dan berFIKIR...muhasabah semula dan bangkit kembali !


Aku ingin mencintaiMU
setulusnya sebenar benar aku cinta...
dalam doa
dalam ucapan
dalam setiap langkahku
aku ingin mendekati-MU
selamanya
sehina apapun diriku
kuberharap
untuk bertemu dengan-MU Ya Rabbi…


lots of luv,
awa~